fbpx
Now Reading
Zizan Razak Sindir Da’i Wan Di Instagram?

Zizan Razak Sindir Da’i Wan Di Instagram?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak menyatakan dengan jelas kenyataan yang ditulis, Zizan Razak sinis menyatakan sesuatu teguran itu biarlah mengikut cara Rasul dan bukan mengejar populariti semata. Adakah kenyataan itu dituju khas buat Da’i Wan?

“Ikut tegur cara kamu atau tegur cara Rasul lagi halus lagi ‘salute’ (sanjung) lagi cinta sayang kamu. Kejar ‘likes’ (tanda suka) kejar viral (tular) biar tahu tatasusila masih tahu duduk bersila,” tulisnya di Instagram.

Biarpun tidak ditulis dengan jelas namun ramai mengandaikan kenyataan sinis Zizan itu dibuat khas untuk Da’i Wan selepas teguran penceramah bebas itu terhadap mereka selepas program gandingan Jozan ke udara.

Jelas Zizan, seseorang itu lebih dihormati jika meletakkan tatasusila dan budi bahasa dalam menegur kesilapan orang. Selain itu Zizan turut menulis, keikhlasan seseorang itu tidak diukur dan hanya diketahui oleh Allah.

Terdahulu Da’i Wan menegur gandingan Jozan yang mencelah ketika tetamu penceramah, Azman Syah Alias memberikan takzirah, dimana mereka sepatutnya diam seketika bagi menghormati dan mendengar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.