PU Syed Tegur Tentang Video Bobo Di Mana – “Takutlah Kepada Allah…”

Sebelum muzik video dilancarkan lagi, lagu Bobo Di Mana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna sudah tular di media sosial.

Bukan sekadar kontroversi individu-individu yang ditampilkan dalam lagu itu bahkah teaser muzik videonya terlebih dahulu mendapat bantahan ramai pihak.

Sementelah muzik video lagu Bobo Di Mana dilancarkan malam tadi, pelbagai pendapat dilontarkan netizen termasuk juara Pencetus Ummah musim ketiga, PU Syed Mohd Bakri.

Tegurnya secara terbuka berserta peringatan buat usahawan kosmetik itu, PU Syed menyarankan Aliff Syukri agar mengingati Allah.

“Akhirnya video ni siap, siap dan dihebah tanpa rasa malu dan segan atas nasihat ibunya dan nasihat peminat-peminatnya.

“Sampai bila terus menerus nak hidup dan popular dengan kontroversi?

“Wahai para pedagang dunia, ingat kalian benar-benar telah tertipu!

“Takutlah pada Allah wahai Aliff Syukri! tulis PU Syed di Instagramnya.

Bagaimanapun, PU Syed memohon maaf atas tegurannya itu dan berharap orang ramai akan sedar.

“Mohon maaf dengan teguran terbuka ini.

“Semoga yang memujanya tanpa ingin mengubahnya akan sedar!” tambahnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

13 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

14 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

14 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

16 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

16 hours ago