fbpx
Now Reading
Kondom Perisa Teh Tarik Kurang Manis Mula Dijual September Ini

Kondom Perisa Teh Tarik Kurang Manis Mula Dijual September Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali ke kedai mamak, tak lengkap rasanya jika tak pekena teh tarik. Tapi pernah tak anda terfikir akan terhasilnya kondom perisa teh tarik. Sebelum itu, kami ingin katakan ini bukan iklan berbayar.

Hanya untuk masa terhad, kondom Teh Tarik dari One Condoms ini adalah salah satu dari Siri Edisi Terhad Malaysia. Sebelum ini syarikat tersebut menjadi bualan ramai apabila mereka mengeluarkan kondom perisa Durian dan Nasi Lemak.

 

Mengapa memilih teh tarik? Teh tarik boleh dikatakan minuman yang sentiasa menyatukan rakyat Malaysia dan sekaligus boleh merapatkan hubungan pasangan. One Condom Teh Tarik ini didatangkan dengan lapan paket rekaan menarik.

 

Memetik portal Says, bagaimanapun kondom tersebut tidak mempunyai bau seperti teh tarik, namun lebih kepada bau teh jasmin atau teh rose bersama susu.

 

Kondom Teh Tarik kini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ONE Condoms. Kondom edisi terhad ini juga akan dijual di kedai farmasi seluruh negara pada pertengahan September ini.

Sumber : VitDaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.