fbpx
Now Reading
Mummy Tak Happy!

Mummy Tak Happy!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dangdut Mas Idayu mendedahkan telah kehilangan wang dalam jumlah wang yang banyak dalam akaun simpanannya.

Mas Idayu berkata dia musykil bagaimana wangnya boleh dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) sedangkan dia tidak berbuat demikian.

https://www.instagram.com/p/Bn0N0-LFgrn/?taken-by=masidayu1001

“Ini kejadian kali kedua, pertama dulu saya hanya sekat dan tukar nombor pin baru.

“Tapi masih berlaku, bagaimana satu kad boleh ada orang kedua buat pengeluaran?

“Kad (ATM) ini sudah ditutup selepas saya buat laporan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak.

“Pengeluaran terakhir pada 11 September kerana 12 September adalah hari jadi anak saya dan 13 September saya tidak keluar ke mana-mana.

“Tapi saya dimaklumkan ada empat kali pengeluaran dilakukan dalam jumlah beribu-ribu ringgit.

“Kad ini hanya satu dan pada saya, bagaimana orang lain boleh keluarkan melalui kad lain di ATM bukan secara online. Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan,” tulisnya.

Pelantun lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Mas sudah membuat laporan polis dan sedang menunggu hasil siasatan polis dan rakaman kamera litar tertutup di ATM yang dikeluarkan.

Justeru dia meminta orang ramai berhati-hati dengan perkara tersebut.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.