fbpx
Now Reading
“Tolong Jangan Buat Cerita Palsu Pasal Kematian… Doakan Ayah Saya” – Syafiq Farhain

“Tolong Jangan Buat Cerita Palsu Pasal Kematian… Doakan Ayah Saya” – Syafiq Farhain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Finalis program Big Stage, Syafiq Farhain memohon semua pihak tidak menyebarkan berita palsu mengenai ayahnya, penyanyi Saleem.

Vokalis kumpulan Iklim itu dilaporkan parah selepas 12 tulang rusuk patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16, Lebuhraya Grand Saga pada petang Khamis.

Dalam kejadian terbabit, Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Syafiq yang merupakan anak kandung kepada Saleem memuat naik video keadaan di hospital di laman Instagram miliknya.

“Tolong!! Tolong!! Tolong!! Jangan buat jangan sebar jangan viral cerita palsu pasal kematian.. Sama-sama doakan ayah saya semoga cepat sembuh… Aamiin,” tulis Syafiq di ruangan kapsyen.

Peminat Syafiq juga berdoa agar jejaka itu kuat semangat untuk menempuhi pentas akhir Big Stage yang bakal berlangsung esok.

Selain Syafiq, empat bintang yang bersaing untuk merebut gelaran juara Big Stage ialah Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.