fbpx
Now Reading
“Saya Tak Sokong Mana- Mana Pihak, Tapi…”- Isteri Aliff Syukri

“Saya Tak Sokong Mana- Mana Pihak, Tapi…”- Isteri Aliff Syukri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil meluahkan isi hatinya tentang isu perbalahan antara suaminya dengan Pencetus Ummah (PU) Amin.

Menurut Shahida, dia tidak menyokong mana-mana pihak tetapi berharap agar kedua-duanya dapat berbaik sekaligus menghentikan segala perbalahan.

Shahida meluah perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya

Pertama sekali saya merasa terkilan di atas tindakan berbalas komen di ig Pencetus Ummah amin dan juga suami saya @aliffsyukriterlajaklaris…..bagi saya tidak menyokong mana2 pihak tapi cukup2 lah berbalah sehingga ruang komen dipenuhi caci maki sedangkan islam tidak menganjurkan kita menjadi punca perbalahan… . Ustaz amin kami hormati sebagai pendakwah hebat…pasti nya Ilmu jauh tinggi dari @aliffsyukriterlajaklaris….mungkin itu cara dakwah dia mungkin ada yg suka ada yg tidak…begitu juga lagu bobo gandingan sajat dan lucinta ada yg suka ada yg tidak….senjata orang mukmin ni ialah doa..jadi berdoalah kita mudahan kita semua diberi hidayah bukan bercanggah dan berbalah di media sosial tk tunjuk siapa lebih hebat….menegur x salah tapi gunakanlah perkataan yg baik…..jgn smapai mencaci kaitkan ttg rezeki dan juga ahli keluarga…yg lain2 tak bersalah…rezeki hari ini bukan kerana dia seorang tapi rezeki ank2 isteri ibu bapa dan ibu ayah mertua….jadi saya dgn rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya yg menyinggung ustaz dan orang lain….Percayalah suami saya seorang yg baik….walaupun secara dasarnya orang pandang negatif…saya lebih mengenalinya….mungkin dia kurang sensitiviti terhadap agama dan masyarakat…. . terus nasihat dan didiklah dgn cara yg baik walaupun diterima atau tidak…dalam masa yg sama doakan juga…jgn hina saya kerana harta kerana ada yg kata saya sanggup bertahan sebab harta…saya dah kenal dia sebelum dia ada semua ni…. . kalau dilihat walaupun x banyak ada perubahan dari teguran ustaz,dari tarian yg x elok sebelum ni ,tapi dalam mv terbaru x ada lagi tarian sebegitu…bukankan itu juga perubahan walaupun sedikit…bermakna kita kena sedikit sabar dalam mendidik Insya Allah sampai masa nanti akan berubah….Maaf ustaz sekali lagi kerana memperkecilkan dakwah ustaz PU amin……sebab kami ni cetek agama….Sentiada doakan kami????berada di jalan yg diredhai saya mohon maaf…. @pencetusummah_amin

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

.

Semalam, Aliff ada memuat naik video meluahkan rasa berangnya terhadap PU Amin kerana pendakwah bebas itu berterusan mengkritik lagu Bobo Di Mana nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.