fbpx
Now Reading
[VIDEO] Nak Ambil Gambar Bawah Kain Tapi Kantoi Sebab…

[VIDEO] Nak Ambil Gambar Bawah Kain Tapi Kantoi Sebab…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.youtube.com/watch?v=LT4fUrybvgk"]

Seorang lelaki di Filipina kantoi apabila tindakan ‘amaturnya’ mendedahkan perbuatan tidak bermoral lelaki berkenaan yang curi-curi ambil gambar bawah kain seorang wanita.

Tindakan berkenaan yang dirakam oleh orang awam berlaku ketika lelaki tersebut sedang duduk di atas tangga yang dipenuhi orang ramai dipercayai di dalam sebuah bangunan.

Ketika insiden berkenaan berlaku, lelaki tersebut yang berpura-pura sedang bercakap menggunakan telefon bimbit memusingkan kepala dan arah kamera belakang telefon sehingga mengadap bahagian skirt seorang wanita yang duduk di atas anak tangga yang lebih tinggi di belakangnya.

Tidak lama kemudian, kamera belakang telefon bimbit berkenaan memancarkan satu flash, dipercayai akibat tindakan lelaki berkenaan mengambil gambar. Mungkin menyedari perbuatannya sudah terdedah, lelaki berkenaan dilihat bangun dan bergerak meninggalkan lokasi kejadian.

Wanita yang menjadi mangsa tidak bertamadun lelaki berkenaan juga menyedari perbuatan tersebut dan segera merapatkan kakinya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Klip video berkaan yang tersebar di media sosial dengan pantas menarik perhatian orang ramai. Sehingga kini, klip video berkenaan sudahpun melepasi satu juta tontonan.

Salah seorang netizen turut meninggalkan komen, ”Hahaha, kamu boleh lihat di awal dia membuka telefon dan menggunakan kamera. Dia mungkin sudah ketakutan, sebab itu dia melarikan diri,”.

 

Sumber : Dailymail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.