Netizen Persoal Tindakan KJ Dalam Video Tular

Netizen mempersoalkan kenapa Khairy Jamaluddin bertindak ‘tidak profesional’ ketika bersalam dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kedua-dua mereka bertembung ketika meraikan kepulangan atlet Sukan Para Asia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), malam Ahad.

Menerusi video berdurasi 11 saat yang tular itu, Syed Saddiq kelihatan bersalaman dengan semua yang hadir di situ termasuk Khairy.

 

Syed Saddiq menghulurkan tangan sambil bertanya: “How are you, sir?” namun Khairy dilihat menyambutnya dingin sebelum terus berpaling ke arah lain.

 

Tindakan Khairy itu dianggap tidak profesional oleh sesetengah netizen, menyebabkan timbul perdebatan dalam kalangan mereka.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut hadir di KLIA bagi menyambut kepulangan wira dan wirawati negara yang meraih 17 pingat emas pada temasya yang berlangsung di Indonesia itu.

 

Sebelum itu, Khairy turut memuat naik video bertemu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang mencipta kejayaan luar biasa dengan membolot tiga pingat emas.

Selain itu, ketibaan mereka turut disambut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago