Kotor dan Jijik! Sate Tulang Senawang Diarah Tutup

Seorang pengusaha sate tulang di Senawang di sini, diarah menutup operasinya selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) bermula semalam kerana didapati mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pengarahnya, Dr Zainudin Mohd Ali berkata,  pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang itu dilakukan pihaknya, selepas tular maklumat dan gambar premis  yang menjijikkan di Facebook.

 

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan didapati tidak bersih.

“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih.

“Premis itu diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Dalam tempoh dua minggu ditutup, kita akan membuat pemantauan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas makluman orang awam dan menasihatkan supaya memilih premis makanan yang bersih bagi mengelakkan keracunan.

Sumber : Sinar Harian

Recent Posts

  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

18 mins ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

29 mins ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

51 mins ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

1 hour ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

2 hours ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

2 hours ago