fbpx
Now Reading
“Emas Mahal Mungkin?” – Rekaan Kasut Emas ABK18 Jadi Bahan Troll Netizen

“Emas Mahal Mungkin?” – Rekaan Kasut Emas ABK18 Jadi Bahan Troll Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kelmarin berlangsungnya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 ataupun ABK18 bagi menghargai para pemain dan jurulatih. Terlebih dahulu tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang – dan tak lupa kepada penganjur yang berusaha memastikan acara ini dilangsungkan secara lancar.

Satu perkara yang menarik perhatian adalah Anugerah Kasut Emas ABK18. Bukan kerana kontroversi sang penerima – itu mustahil berlaku kerana anugerah ini berdasarkan statistik – tetapi rekaan Anugerah Kasut Emas itu yang menjadi perhatian.

Anugerah pada tahun ini – untuk kategori pemain import dimenangi oleh Rufino Segovia (Selangor).

Manakala untuk kategori pemain tempatan dimenang oleh Shafiq Shaharudin (Kelantan).

Sekali imbas pasti anda tertanya-tanya; “Di mana kasut emas?” – Anda perhatikan betul-betul, ianya bersaiz kecil berwarna kristal.

Ini adalah Kasut Emas yang diterima oleh Shafiq Shaharudin dan bakal diterbangkan ke alamat Rufino Segovia di luar negara. Pastinya kos penghantaran akan menjadi lebih murah dan senang untuk dijaga.

Oleh kerana rekaannya yang terlalu comel, maka peminat bola sepak tanah air telah menjadikannya bahan jenaka dan ‘troll’ di media sosial.

Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail turut menulis komen tentang kasut emas tersebut di Twitter rasminya.

Ini adalah kasut emas pada ABK17 yang kelihatan lebih menawan.

Kredit : Semuanyabola.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.