fbpx
Now Reading
Pecah Tabung Sendiri, Mat Redho Berjaya Julang Piala dan Bendera Malaysia di Australia

Pecah Tabung Sendiri, Mat Redho Berjaya Julang Piala dan Bendera Malaysia di Australia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BpzP5hPlSIS/"][video src="https://www.instagram.com/p/BpzMjJcl1Tf/"]

Bekas juara Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan mencipta sensasi di bumi Australia apabila menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain, semalam.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mat Redho diangkat sebagai juara selepas mengungguli pentas akhir dengan melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat (s).

Walaupun tidak diletakkan harapan tinggi selepas sekadar menduduki tempat kelapan pada peringkat kedua, pakar teknologi maklumat berusia 30 tahun itu jauh mengatasi pemenang tempat kedua Jake Murray dengan perbezaan masa 10s.

Malah, Mat Redho muncul satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua rintangan di pentas akhir sekali gus melayakkan dia memenangi anugerah ‘Last Man Standing’ ketika Murray gagal menghabiskannya.

“Saya berasa hebat dan terima kasih kepada halangan ini, ia amat menarik dan sudah pasti saya akan kembali ke sini pada tahun depan,” kata Mat Redho.

Mat Redho hadir ke sana hanya ditemani isteri dan anaknya yang menjadi sumber kekuatan buatnya untuk mengatasi perasaan gemuruh.

Malah, pengorbanannya itu nyata berbaloi apatah lagi selepas membelanjakan wang sendiri untuk ke kejohanan berkenaan.

NCL menyediakan tiga peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi semua peringkat sebelum layak ke final.

Antara rintangan yang perlu dilalui adalah lompat berhalangan, memanjat tali dan memanjat dinding.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, dia sentiasa berbangga untuk mengibarkan jalur gemilang di atas podium.

“Alhamdulillah. Setakat ni je yg saye mampu. Terima kasih pada wife yg selalu teman n jerit sambil dukung kids kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara..macam biasa..kalau nak ke competition luar pasti pecah tabung punya..dalam masa sama xpernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja.

“Tak pernah aku lupe bawa kain jalur gemilang ni kemana²..walau pun kecil tapi berat beban nak galas..Alhamdulillah podium.

“#WinningMentality Congrats to @jake.murray  and @cam_dsilva both of you did very well and of coz super ninja’s.. Hope can see you around the ninja competition again haa.

“Hope to see you again next year. #nclfinals2018,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Mat Redho juga turut berkongsi video dia melakukan cabaran-cabaran sukar dalam program tersebut.

Sumber : BH Online, Instagram MatRedho

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.