fbpx
Now Reading
Nak Tahu Kenapa Tomok Jadi ‘Perempuan’, Tengok Video Ni Dulu

Nak Tahu Kenapa Tomok Jadi ‘Perempuan’, Tengok Video Ni Dulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, penyanyi, Tomok dikecam hebat netizen gara-gara memuat naik gambar dirinya berpakaian seperti wanita.

Bagaimanapun, segala persoalan mengapa Tomok melakukan hal sedemikian akhirnya terjawab apabila penyanyi tersebut telah melancarkan lagu serta muzik video terbarunya bertajuk Bekas Kekasih.

Muzik video tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah berubah daripada kesilapan lampaunya.

Setakat ini, lagu ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramla itu telah mendapat lebih 130,000 jumlah tontonan malah turut tercalon dalam 10 lagu paling trending di laman Youtube tak sampai 24 jam ia disiarkan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji muzik video Tomok tersebut yang disifatkan mengandungi banyak nilai moral sambil turut menyelitkan unsur dakwah.

Muzik video Bekas Kekasih turut diserikan lagi dengan penampilan istimewa pelakon berbakat, Beto Kushairi.

Wow, lain dari yang lain lagu terbaru Tomok ni ye! Apa-apa pun semoga berjaya diucapkan kepada Tomok untuk lagu terbarunya ini.

Foto: Instagram Tomok

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.