fbpx
Now Reading
“Anjing Haram, Saya Tak Nak Terlibat” – Pemilik Restoran

“Anjing Haram, Saya Tak Nak Terlibat” – Pemilik Restoran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memberi makan kepada haiwan terbiar dan kelaparan merupakan satu sikap terpuji. Namun berapa ramai dari kita sanggup melakukannya? Tambahan lagi, jika haiwan tersebut adalah anjing, mulalah timbulnya pandangan negatif segelintir umat Islam yang menyelar tindakan tersebut kerana dianggap haram.

Tular di media sosial, mesej daripada Persatuan Haiwan Malaysia terhadap seorang lelaki yang juga merupakan pemilik restoran. Hanya mahu meminta sisa makanan dari restorannya untuk diberikan kepada anjing terbiar tetapi sudahnya dibalas dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Hairan sekali, di manakah letaknya mentaliti masyarakat yang berpandangan sebegitu kerana anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Tidak salah untuk kita berlaku baik kepada haiwan ini.

Jelas pemikiran negatif sebegini harus diubah kerana sifat belas kasihan dan berbuat baik sesama makluk, InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahala. Moga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada semua.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut memberi alasan bahawa dia tidak mahu bersubahat atau bersekongkol dalam melakukan benda haram. Lebih teruk, kata lelaki ini restoran miliknya juga akan ‘terpalit’ dengan dosa. Tidak masuk akal sama sekali.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.