fbpx
Now Reading
Perdana Menteri Kanada Dipuji Kerana Hormat Wanita Bertudung Ketika ‘Lepak’ di Kedai Makan di Singapura

Perdana Menteri Kanada Dipuji Kerana Hormat Wanita Bertudung Ketika ‘Lepak’ di Kedai Makan di Singapura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terbang ke Singapura bagi menghadiri Sidang Puncak ASEAN dan turut mengambil kesempatan memberi penghormatan kepada moyangnya, Esther Bernard di Taman Fort Canning, Singapura.

Canadian PM Justin Trudeau visits Adam Road hawker centre

SPOTTED: Canadian Prime Minister Justin Trudeau visiting the Adam Road hawker centre early this morning.

Posted by CNA on Thursday, 15 November 2018

Dalam pada itu, beliau turut menjalankan misi peribadi, turun padang ke pusat penjaja untuk beramah-mesra dengan masyarakat di sana.

Orang ramai yang terkejut dengan kedatangan itu tidak melepaskan peluang untuk berbual dan bergambar dengan Trudeau.

Walau bagaimanapun, satu klip video melibatkan beliau tular di media sosial apabila beliau dilihat sangat santun berbual bersama masyarakat di sana dan menegur setiap pengunjung di kawasan kedai makan di Bukit Timah.

Video berdurasi 50 saat itu menyaksikan Trudeau dengan pakaian kasual berhenti di sebuah meja makan dan bersalam dengan seorang lelaki tua di meja berkenaan.

Apa yang menariknya, beliau memberi bahasa tubuh yang seperti menghormati wanita bertudung untuk tidak bersalam sambil menyentuh dadanya.

Seorang penjual di kedai berkenaan sempat membekalkan PM Kanada itu dengan beberapa bungkus nasi lemak untuk dibawa pulang ke hotelnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.