Datin Alyah Tak Akan Jawab Lagi Soalan Mengenai Rumah Tangganya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, Datin Alyah yang merupakan seorang penyanyi dan juga isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS telah mencetuskan kontroversi selepas meninggalkan komen di akaun Instagram suaminya.
Menurut Alyah yang berkongsi perkara ini menerusi sebuah entri di laman Instagram, perkara itu mungkin merupakan perkara paling buruk yang dihadapinya sepanjang tahun ini, pada masa yang sama juga dia turut meminta maaf jika komen itu mengundang rasa kurang selesa pada segelintir pihak.
“Saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya sepanjang tahun ini. Sebelum saya meninggalkan komen itu, saya pasti dengan apa yang saya buat dan mengetahui akibatnya.”
“Saya tiada niat nak mengaibkan sesiapa dan ini tidak terjadi setiap hari. Setelah lapan tahun saya sering menjawab pertanyaan ramai mengenai soal rumah tangga saya, sekarang saya takkan lagi lagi menjawab segala persoalan itu, terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya,” tulisnya sebagai kapsyen.
Alyah telah meninggalkan komen yang berunsur sindiran di akaun Instagram Ramli MS justeru telah menimbulkan perbalahan di kalangan pengikut suaminya itu.
Sumber: Awani