fbpx
Now Reading
PU Azman Mohon Maaf

PU Azman Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pencatus Ummah (PU) Azman yang sering melayan mesej ‘merepek’ di Instagram (IG) tampil maaf kepada semua pihak yang mungkin terasa dengan dirinya. Dia menjelaskan dia mempunyai sebab tertentu melakukan perkara demikian dan mengakui dirinya juga merupakan sebagai seorang insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Gambar: ICYM

“Saya mohon maaf. Mungkin ada netizen yang cakap, ‘ustaz boleh layan mesej merepek macam ini, tetapi tak boleh jawab soalan saya. Pertamanya, saya insan biasa. Ada waktu yang saya serius ketika berprogram, bagi ‘talk’ dan bekerja.”

“Jadi saya juga ingin mengisi waktu ceria saya untuk hiburkan hati sendiri.  Satu lagi, saya bukannya tak jawab soalan netizen di DM (Direct Message), ada yang saya jawab, tapi tak larat nak jawab soalan yang terlalu banyak.

Gambar: Otak Geligo

“Banyak yang terlepas pandang dan soalan yang telah jauh turun ke bawah. Sebagai insan biasa yang ada keterbatasan waktu dan tenaga, saya mohon maaf,” tulisnya.

Menerusi ruangan di komen, ramai memuji tindakan PU Azman memohon maaf secara terbuka dan faham dengan kesibukan tugasnya sehingga tidak dapat melayan semua mesej di media sosial. PU Azman sebelum ini  pernah menyatakan bahawa sampai kiamat pun dia tidak akan menukarkan caranya menjawab soalan.

Sumber: Lubok Viral

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.