fbpx
Now Reading
Penjual Kebab OKU Raih RM8,000 Sehari

Penjual Kebab OKU Raih RM8,000 Sehari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikhsan Sirat, 57 tahun, yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari. Walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna seperti orang lain, namun tidak menjadi penghalang buat beliau untuk berjaya.

Kisah lelaki ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat mereka diluar sana bahawa tidak ada yang mustahil untuk mencapai kejayaan. Memetik laporan Harian Metro, Ikhsan Sirat bermula sebagai peniaga burger di pasar malam kira-kira 30 tahun lalu.

Ikhsan kemudian beralih kepada perniagaan kebab selepas 10 tahun berniaga burger kerana ia lebih mudah untuk dikendalikan dan lebih memberikan keuntungan.

“Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal. Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri. Saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli,” katanya.

“Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak. Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain,” katanya.

Ikhsan yang lebih mesra dipanggil ‘Wak’ menganggap keadaan fizikalnya yang istimewa itu merupakan satu kelebihan dan keunikan yang membuatkan pelanggan lebih mudah untuk mengingatinya.

Sumber: Vitdaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.