fbpx
Now Reading
Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

BELUM selesai kes dua artis wanita Indonesia yang ditahan di hotel lima bintang kerana disyaki melakukan aktiviti pelacuran atas talian, Vanessa Angel kini seperti jatuh ditimpa tangga.

Selepas berita penahanannya, gambar bogelnya pula mula tersebar di media sosial dan aplikasi pesanan ringkas.


Menurut peguamnya Muhammad Zakir Rasyid, gambar tersebut merupakan gambar lama dan dirakam semasa artis itu sedang mandi bersama seorang individu semasa di Kuala Lumpur sekitar Disember 2018.

Tambahnya, Vanessa mengakui wanita dalam foto itu adalah dirinya namun tidak sedar dia dirakam oleh individu yang tidak dinamakan

Dia juga merancang untuk membuat aduan polis.


Berita penahanannya menjadi bualan hangat netizen, lebih-lebih lagi apabila post terakhirnya di Instastory menunjukkan ketibaannya di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya.

Turut menjadi bualan adalah percutian mewah dan beg tangan mahal berharga puluhan ribu ringgit yang sering dimuat naik artis jelita itu di akaun Instagram miliknya, lapor Sinar Harian.

Ramai berkata mereka beranggapan kekerapan Vanessa mempamerkan kemewahan itu adalah kerana dia seorang artis berjaya.

Selain berlakon, Vanessa juga seorang model dan penyanyi serta sering mendapat tawaran sebagai pengacara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.