Tangan Tukang Uli Berkudis, Kembang Tekak Nak Makan Oi!

Dalam memilih tempat makan di luar, perkara paling penting yang diutamakan pelanggan ialah kebersihan satu-satu restoran tersebut. Restoran yang bersih akan menyediakan makanan yang sihat dan terpelihara daripada penyakit.

Sebab tu lah kalau boleh korang jenguk-jenguk sikit dapur restoran atau mamak favourite korang tu supaya tak jadi macam perkongsian kat bawah ni.

“Siapa suka lepak mamak? Tukang uli capati ni ada luka berkudis…” 

Menerusi posting Aidil Nezam di Facebook, dia yang merupakan seorang jurugambar telah mengikuti satu operasi (tak didedahkan ops apa) bersama wartawan lain kat sebuah kedai mamak.

Jenguk saja ke dapur kedai mamak tu, Aidil ni terkejut apabila mendapati jari tukang uli capati yang diimport dari India ni rupanya ada luka berkudis. Allahuuu terbantut selera admin nak breakfast capati! 

“Siapa suka lepak mamak? Ni ha untuk tatapan korang semua… tukang uli capati ni datang dari India (warga asing). Tengok jari dia ada luka berkudis..????” 

“Kalau dia ada penyakit tibi ke HIV ke atau wabak penyakit yang berjangkit ke kita mana tahu pakai makan je.. Kerja dah la tak pakai glove dan apron..????????‍♂️ ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi…”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Itulah sebabnya aku tak suka makan mamak. Roti canai or whatever. Geli nak mati weh!” 

Perkongsian ni mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memang kembang tekak dan geli geleman. Ada jugak yang beritahu inilah sebabnya mereka tidak lagi berkunjung ke mamak. Makanan di sana tak terjamin kualiti kebersihannya.

Sumber: Facebook

Beringatlah ye korang semua! Sebelum nak makan kat satu-satu restoran tu tak kiralah mamak atau lain-lain, periksa dulu keadaan sekeliling dan kalau boleh jenguklah keadaan dapurnya bersih ataupun tidak. Bab makan ni jangan main-main. Kalau dah sakit takde gunanya.

Sumber : Lobak Merah

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago