fbpx
Now Reading
“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari masih lagi hangat diperkatakan. Selain Haneesya Hanee yang dikecam teruk, dua lagi peserta Dewi Remaja turut menjadi bualan netizen.

Susulan video panas yang tersebar itu, ramai yang terkejut melihat penampilan Ernisha yang bertudung di dalam Dewi Remaja tetapi hanya mengenakan bikini bersama jaket dan memakai topi di kelab malam tersebut.

Rata-rata netizen menyifatkan Ernisha seorang yang hipokrit kerana di dalam pertandingan tersebut dia tampil dengan imej seorang gadis yang sopan dan dan memakai tudung. Kata netizen lagi, hanya mereka yang tidak berpelajaran tinggi sahaja yang berpakaian sebegitu.

Semalam, gelaran juara Dewi Remaja Haneesya Hanee telah ditarik balik oleh pihak penganjur kerana didapati telah melanggar kontrak serta syarat-syarat penyertaan pertandingan tersebut.

Malah, tindakan tatatertib turut dikenakan terhadap dua lagi peserta iaitu Ernisha dan Fazreen dimana mereka tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.