fbpx

“Adik Nak Abah Tengok Adik Kahwin Lagi Sekali” – Ucapan ‘Nakal’ Intan Saleh Sempena Hari Lahir Ayah!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Saleh seakan-akan memberikan bayangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menerusi ucapan sempena hari lahir ayahnya, Saleh Abu hari ini, Intan sempat berseloroh.

“Happy birthday en saleh bin abu..semoga Allah panjangkan umur abah & stay hensem macho macam selalu.

“Terima kasih atas segalanya..Sentiasa ade ketika adik dalam keadaan kehampaan.

“Adik sayang abah!! I love you so much en saleh (tulis camni tapi abah takde ig).

“Kita tinggal abah je sorang…Adik nak abah tengok adik kahwin lagi sekali,” tulis Intan.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada ayahnya dan mendoakan semoga Intan mendapat pengganti yang baik.

Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 2.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.