fbpx
Now Reading
Netizen Bengang Status Rasis Sufian Suhaimi

Netizen Bengang Status Rasis Sufian Suhaimi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam kesibukan membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu tidak lama lagi, ada cerita yang tak sedap di dengar mengenai penyanyi sensasi, Sufian Suhaimi.

Baru-baru ini, Sufian ada memuat naik gambarnya di Instagram berserta kepsyen yang mengundang kemarahan netizen. Status yang dikatakan berbaur rasis itu dikecam teruk oleh netizen.

Diruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan penyanyi itu yang tidak sepatutnya menggunakan perkataan tersebut.  Ada segelintir netizen terkilan dengan tindakan Sufian kerana dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana tetapi seolah tidak tahu bahawa perkataan tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati.

Kata netizen lagi, disebabkan isu ini mungkin karier penyanyi itu akan berakhir tidak lama lagi. Netizen juga mendakwa mungkin ini sebab mengapa Elfira tidak mahu meneruskan hubungan dengan penyanyi itu.

Apa pun diharap selepas ini Sufian lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.