Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

Bekas anggota kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Mengambil iktibar daripada kisah hidupnya sendiri, perkongsian itu menurut Suhaimi bukan atas tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan mana-mana pihak.

“Bukan berniat untuk mengecam, memburuk-burukkan atau menghasut orang lain. Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi,” tulisnya menerusi satu catatan di Facebook peribadinya baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, Suhaimi memberikan tujuh sebab konkrit kenapa dia memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya bersekolah.

1. Sistem Pendidikan

“Sejujurnya, saya tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada. Minta maaf. Ia berubah ubah tahun demi tahun. Seolah-olah tidak ada dasar yang jelas.

“Saya juga melihat ia tidak banyak membantu anak-anak saya memahami dan mengamalkan Islam dengan baik,” katanya.

2. Tanggungjawab

“Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan guru,bukan sekolah. Sekolah itu platform, guru hanya pembantu,” ujar Suhaimi.

3. Kos

“Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup, saya tidak fikir saya perlu buang duit untuk tol, minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain. Saya pun bukan orang kaya.

“So di rumah boleh belajar. Di masjid boleh belajar. Waktu bercuti, di hotel dan di kampung pun boleh belajar. Kehidupan adalah sekolah yang real,” tambahnya.

4. Masa

“Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya, menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan. Saya tidak suka situasi itu, saya pilih untuk mengelak.

“Tapi kalau tidak ada pilihan, anggaplah itu sebagai pengorbanan. Kita sama sama berkorban,” jelasnya.

5. Kasih Sayang

“Inilah part yang paling touching. Saya percaya bahawa saya akan mati.

“Apa pun kata orang, demi Allah saya juga sayang pada isteri dan anak-anak saya. Sayang sampai tak mahu berpisah. Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup,” katanya yang kini menetap di Kelantan.

6. Cara Kerja

“So cara kerja penyanyi ni, tak sama macam cikgu, macam kerja kilang atau kerja pejabat.

“Waktu kerja pun tak menentu, cuti pun tak tentu.

“Kadang kadang out station 3 hari, 5 hari. So saya pilih untuk teruskan kerja ni sebab saya percaya, inilah rezeki dan minat saya.

“Kerja ni tak memudahkan untuk saya hantar dan ambil anak di sekolah.

“Saya lebih faham keluarga dan kerja saya so tak perlu susun aturkan. Terima kasih,” tambah Suhaimi.

7. Hadis Akhir Zaman

“Saya pilih untuk ‘ikat’ anak-anak dan isteri di rumah. Semoga Allah selamatkan kami daripada tipu daya Dajjal.

“Setelah usaha ini, saya serahkan seluruh hidup dan mati saya dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.

“Pada hemat saya, kalian tidak mampu buat sepertimana yang saya buat.

“Tapi sebagai muslim, doakanlah yang baik baik, usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha,” simpulnya.

Suhami yang mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim telah dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

6 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

6 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago