fbpx
Now Reading
Neelofa Anjur Majlis Ilmu Sempena Sambutan Hari Jadi Yang Ke-30

Neelofa Anjur Majlis Ilmu Sempena Sambutan Hari Jadi Yang Ke-30

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara dan pelakon Neelofa menyambut ulang tahun ke 30 tahun pada hari ini. Pada hari Sabtu, Neelofa memilih untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya lebih awal dengan menganjurkan sebuah majlis berbentuk kerohanian.

Majlis itu telah diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, Petaling Jaya, Selangor. Dengan jolokan Light And Love Saturdate, majlis itu dikelolakan oleh Imam Muda Asraf untuk memberi fokus terhadap cara mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Gambar: Nona

Apabila ditanya mengenai majlis tersebut, Neelofa berkata, dia berasa sangat gembira kerana usahanya mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

“Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,” katanya.

Gambar: MHE TV

Bukan sahaja kelas teori, malah aturcara majlis turut merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul. Apa yang lebih menarik dan mendapat perhatian netizen adalah apabila Neelofa juga melakukan demonstrasi solat dengan cara bacaan dalam bahasa Melayu.

Neelofa menegaskan, bacaan dalam solat perlu dilunaskan dalam bahasa Arab dan penggunaan penggunaan bahasa Melayu pada sesi demonstrasi bertujuan untuk pemahaman sahaja.

Sumber: Kosmo

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.