Berita Kematian AR Badul Adalah Palsu

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkaitan kematian pelakon AR Badul.

Menurut DJ Dave, beliau sendiri mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan hal itu pada awal pagi Sabtu ini.

” Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul.

” Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengan AR Badul. Dia sudah keluar hospital dan keadaannya sudah semakin baik.

“Sekarang AR Badul sedang berehat di kampung, di Pahang sesudah beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN),” kata DJ Dave.

Berharap agar cerita tidak elok sebegini dihentikan segera, menurut DJ Dave sesebuah berita kematian sesiapa sahaja perlu disahkan oleh anggota keluarga sendiri.

“Jika tidak sahih berita itu, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain.

“Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar,” nasihat Dave yang turut melawat AR Badul di IJN pada Isnin lalu.

AR Badul telah menjalani pembedahan angiogram di IJN pada Ahad lalu dan dijangka akan sekali lagi  menjalani pembedahan kedua pada awal Mac ini.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

6 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago