fbpx
Now Reading
“Kepada Doula di Malaysia, Nyawa Ibu dan Anak Bukan Boleh Dipermainkan” – Dr Amaliana Che Bakri

“Kepada Doula di Malaysia, Nyawa Ibu dan Anak Bukan Boleh Dipermainkan” – Dr Amaliana Che Bakri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hangat mengenai topik Doula, Peneman Ibu atau Pengganti Doktor yang diperdebatkan Prof Dr Imelda Balchin dan Puan Hayati menjadi bahan perbincangan ramai termasuk Dr Amalina Bakri. Rata-rata mengkritik jawapan yang diberikan Puan Hayati didakwa tidak menjawab fakta.

Sehubungan itu, Dr Amalina Bakri memberi respon terhadap perdebatan topik doula ini di akaun Instagram rasminya. Dia turut menasihati rakyat Malaysia agar berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak menggunakan perkhidmatan doula ini.

Dr Amalina Bakri meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila wujud beberapa produk perubatan yang didakwanya mampu memanipulasi kepentingan produk kesihatan terhadap orang ramai. Produk-produk kesihatan yang dijual di luar sana berpotensi mengakibatkan kesihatan kurang baik kepada pengguna. Terutamanya produk yang dijual oleh beberapa pengasas, selebriti dan instafamous.

Berhubung topik doula (tidak berdaftar) yang semakin hangat diperdebatkan di Malaysia, dia tida percaya kepada seseorang yang tidak terlatih dalam perubatan, mempunyai keberanian untuk memberikan nasihat tidak tepat kepada golongan ibu.

Risiko yang terpaksa mereka hadapi juga termasuk nyawa ibu hamil dan anak di dalam kandungan. Dr Amalina menyeru kepada pengikutnya di Instagram terutama masyarakat Malaysia agak berfikir sebelum bertindak.

Sementara itu, Dr Amalina turut respon dan menasihati masyarakat Malaysia agar berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Tambahnya lagi, doula di Malaysia tidak dipantau mana-mana pihak berkuasa dan tida seperti di UK yang dipantau pihak bertanggungjawab dan mempunyai panduan kesihatan dan SOP tersendiri.

Sumber: Dr Amalina Bakri    , Oh Bulan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.