fbpx
Now Reading
Video Rakaman Lelaki Berang Tunggu 4 Jam Ketika Berurusan di Pejabat Kerajaan Viral, Ramai Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Video Rakaman Lelaki Berang Tunggu 4 Jam Ketika Berurusan di Pejabat Kerajaan Viral, Ramai Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang yang pernah berurusan dengan pejabat kerajaan pastinya ada melalui pengalaman yang tersendiri. Ada yang pahit dan mungkin ada juga yang biasalah, orang ramai.

Namun sejak semalam viral dengan satu rakaman seorang lelaki yang mengamuk di salah sebuah pejabat kerajaan. Rakaman yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter itu mendapat perhatian ramai dan meraih lebih dari 34,000 tontonan.

Menerusi kapsyen bersama video ini, lelaki itu telah menunggu dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Bila nombornya dipanggil, pegawai di situ meminta dia kembali semula di waktu yang lain kerana mereka kekurangan tenaga kerja yang kebanyakannya sedang berehat. Walaupun kelihatan ada ramai yang berjalan disekitar pejabat tidak membuat apa-apa.

Wow! Setelah empat jam menunggu, bila tiba giliran kena datang lain kali pula? Memang menguji kesabaran nampaknya situasi yang dilalui lelaki ini.

https://twitter.com/HilmiAdi/status/1100544673473425408

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri bila berurusan dengan pejabat kerajaan.

Apa jua yang mereka lalui, saya percaya dalam 10 orang pekerja yang buat perkara sebegini, tapi masih ada segelintir yang jujur dalam menjalankan tugas. Harapnya masalah yang sudah lama ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Sumber: Twitter

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.