fbpx
Now Reading
“I Taknak Menegakkan Benang Yang Basah” – Oktovia Manrose Akui Kesalahannya

“I Taknak Menegakkan Benang Yang Basah” – Oktovia Manrose Akui Kesalahannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai isu dikatakan pelakon Aliff Aziz berlaku curang dengan isterinya, Bella Astillah. Malah, pelakon wanita dikenali sebagai Oktovia Manrose juga menerima banyak kecaman daripada netizen yang mula marah dengan isu berkenaaan.

Bagaimanapun, pelakon wanita terbabit telahpun memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz setelah dilaporkan keluar bersama.

Permohonan maaf dan akui salah, Oktovia telah memuat naik di ruangan Insta Stories miliknya selain turut sedar dengan kekilafan dirinya.

 

“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya. tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen saya sedar ini kekilafan diri saya, saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap. To @bellaastillah I taknak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku.

“Dan apa yang dah berlaku memang sangat sangat salah, I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa apa pun sebab dah terang2 I yang salah.

Selain akui dengan silap keluar dengan suami Bella, Oktovia juga menjelaskan dia tidak patut untuk mencampuri urusan Bella dan suaminya, Aliff.

“Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me, but i deserve it. I shouldn’t say that. I tak patut masuk campur urusan u dengan husband, I hope that u and Aliff boleh settle dengan cara elok.Baik baik bincang, I doakan terbaik untuk u dan keluarga. Amin InsyaAllah.”

Sebelum ini, isu Aliff membabitkan seorang pelakon wanita, Afifah Nasir telah mengejutkan industri tanah air namun sekali lagi, Aliff sekali lagi dihimpit isu seakan sama.

Sumber: Oktovia Manrose

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.