fbpx
Now Reading
Turutan Filem Marvel Yang Anda Perlu Tengok Sebelum “Avenger: Endgame”

Turutan Filem Marvel Yang Anda Perlu Tengok Sebelum “Avenger: Endgame”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda tidak pernah membaca komik dari Marvel artikel kali ini adalah untuk anda. Sebelum anda menonton filem Avenger: Endgame, anda wajib menonton filem2 dibawah supaya anda dapat faham perjalanan cerita yang cuba disampaikan oleh Marvel. Disini ialah turutan mengikut garis masa (timeline) yang betul:

1. Captain America: The First Avenger

Filem ini memperkenalkan anda dengan ahli Avengers pertama seperti yg tertulis dalam tajuk filem. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Steve Rogers yang ingin berbakti kepada negaranya dengan menyertai tentera tetapi ditolak kerana memiliki tubuh yg kecil. Disebabkan keberaniannya dia dipilih oleh seorang saintis untuk diujikaji. Teseract mula diperkenalkan disini

2. Captai Marvel

Filem yang mengisahkan tentang ahli terkuat Avengers iaitu Carol Denvers. Filem ini menceritakan bagaimana Carol mendapat kuasanya dan bagaimana dia menetang ancaman dari musuh yang ingin menyerang bumi. Bersedia untuk plot twist dan kejutan menarik. Teseract juga muncul sebagai objek penting dalam filem ini.

3. Iron Man

Filem ini memperkenalkan anda dengan Tony Stark yang merupakan seorang jutawan, genius, playboy dan juga dermawan(philanthropist) yang mencipta baju perisai canggih dengan teknologi yang tidak pernah lagi wujud di bumi. Disini bermulanya pengembaraan Tony Stark sebagai Iron Man.

4. The Incredible Hulk

Hulk sememangnya sinonim dengan makhluk bertubuh sasa berwarna hijau. Filem ini memperkenalkan Dr. Robert Bruce Benner yang merupakan seorang pakar ahli fisik yang terlibat dalam satu insiden letupan bom eksperimen nya Bruce telah terdedah dengan cahaya radiasi gamma. oleh sebab itu, Bruce akan bertukar menjadi Hulk jika marah akibat dari mutasi apabila terdedah pada cahaya radiasi Gamma itu.

5. Iron Man 2

Selepas 6 bulan dari insiden Iron man pertama, Tony Stark diasak oleh kerajaan Amerika untuk menyerahkan teknologi baju perisai beliau kepada kerajaan. Dalam filem ini Tony akan menetang musuh yang berkait rapat dengan ayahnya. Berdepan dengan musuh yang mempunyai teknologi yang sama seperti ciptaanya, Tony bakal berdepan dengan masalah yang besar. Disini juga memperkenalkan karekter Black Widow perisik dari S.H.I.E.L.D yang bakal menjadi karekter penting dalam MCU.

6. Thor

Filem ini memperkenalkan Thor, dewa guruh yang merupakan anak kepada Odin pemerintah Asgard. Thor merupakan pahlawan Asgard yang digeruni dan bakal mengambil tempat ayahnya sebagai pemerintah Asgard. Saksikan detik jatuh dan bangun Thor dalam filem ini. Pastikan anda fokus dan perhatikan setiap detail dan jalan cerita disini kerana banyak detail yang berkait dengan filem lain.

7. Avengers

Nick Fury yang diperkenalkan dalam Captain America: The First Avenger telah mengumpulkan semua wira2 yang dipilih khas olehnya untuk menubuhkan Avengers demi menentang ancaman yang dari angkasa yang dibawa oleh Loki. Adegan terkahir akan memperkenalkan anda dengan musuh utama dalam MCU. Infinity stones pertama bakal diperkenalkan disini.

8. Iron Man 3

Sekuel ketiga kepada siri Iron Man yang menceritakan tentang Tony Stark yang masih trauma dengan insiden serangan New York dalam filem Avengers. Filem ini akan mempaparkan kesemua koleksi baju perisai Tony Stark untuk menentang musuh terbarunya.

9. Thor: The Dark World

Menceritakan tentang Aether, satu kuasa gelap yang telah disorokkan oleh bapa Odin iaitu Bor. Musuh lama mereka iaitu Dark elves muncul kembali selepas Aether dilepaskan dari tempat persembunyianya dan telah masuk ke badan Dr. Jane Foster kekasih Thor. Dark Elves akan memburu Dr. Jane untuk mendapatkan Aether dan Thor akan cuba menghalang mereka. Infinity stones kedua diperkenalkan disini.

10. Guardian of The Galaxy

Menceritakan tentang bagaimana tertubuhnya pasukan Guardian of the Galaxy. Peter Quill a.k.a Star Lord merupakan ahli lanun angkasa yang menjumpai satu artifak berharga yang dicari oleh ramai orang. Selepas ditangkap oleh polis di planet Xandar dan dimasukan ke dalam penjara bersama ahli2 yang lain, Petert menubuhkan satu kumpulan untuk melepaskan diri dari penjara. Guardian of the Galaxy yang terdiri daripada Star Lord, Gamora danRocket Racoon dan Groot. Mereka bakal menentang musuh yang sangat kuat dan diluar kemampuan mereka yang sedang memburu Gamora dan artifak milik Peter Quill. Infinity stones ketiga diperkenalkan disini.

11. Guardian of The Galaxy vol. 2

Sekuel kedua ini menceritakan tentang Peter Quill dipertemukan dengan ayahnya selepas dia dikejar oleh tentera Sovereign. Ayahnya menceritakan tentang siapa dirinya dan bagaimana dia berjumpa dengan ibu Peter Quill dibumi. Mereka bakal menetang 2 musuh sekali gus iaitu ayahnya dan tentera Sovereign yang masih memburu mereka. Jangan lupa untuk menonton adegan akhir selepas credit.

12. Captain America: The Winter Soldier

The winter soldier menceritakan tentang pertemuan Steve Rogers a.k.a Captain America dengan sahabat lamanya yang dianggap telah mati. Steve bakal berdepan dengan organisasi yang ditentangnya dalam filem pertama yang telah menguasai S.H.E.I.L.D dalam diam. Captain America telah menjadi orang yang dikehendaki apabila melawan arahan orang atasan S.H.I.E.L.D. Jangan lupa post credit scene!

13. Avengers: Age of Ultron

Ahli Avengers bakal bergabung semula untuk menetang musuh ciptaan mereka sendiri iaitu Ultron yang tercipta dari tongkat Loki. Ultron bercadang untuk menghapuskan makhluk di bumi dan Avengers perlu bertindak segera untuk menghalangnya. Infinity stones keempat diperkenalkan disini. Ahli avengers baru yang menggunakan infinity stone jugak diperkenalkan. Filem ini bakal memberi impak pada filem2 seterusnya.

14. Ant-man

Ant-man mengisahkan tentang seorang pencuri Scott Lang yang cuba merompak rumah Dr. Hank Pym yang akhirnya ditangkap. Scott telah diambil menjadi protoge kepada Dr. Hank Pym dan mewarisi baju dan kuasa Ant-Man. Mereka bakal menentang anak murid Dr. Hank Pym yang lama yang bercadang menjual formula Dr. Hank Pym kepada Hydra.

15. Captain America: Civil War

Sorotan daripada sekuel kedua. Filem ini menceritakan tentang bagaimana terjadinya perpecahan didalam kumpulan Avengers. Captain America akan menentang Iron Man hanya disebabkan perselisihan faham diantara mereka. Hanya seorang musuh yang bergerak secara senyap akan memecah belah kan mereka tanpa disedari oleh sesiapa.

16. Black Panther

Selepas karekter Black Panther diperkenalkan dalam filem Civil War, filem ini akan menceritakan tentang asal usul Black Panther dan negara Wakanda. Negara berteknologi tinggi ini akan berdepan dengan cabaran baru bagi mereka.

17. Spiderman: Homecoming

Spiderman bukan lah katekter yang asing bagi semua. Selepas beberapa filem spiderman dikeluarkan kali ini Marvel akan membawa jalan cerita baharu bagi memperkenalkan spiderman terbaru mereka. Spiderman bakal bekerjasama dengan Tony Stark a.k.a Iron Man setelah direkrut dalam filem Captain America: Civil War.

18. Doctor strange

Dr. Stephe Strange seorang Doktor bedah genius kehilangan upaya mengunnakan tangannya. Strange telah menemui satu2 nya cara untuk memulihkan tangan nya di Kathmandu. Hanya dengan ilmu magik dia dapat kembali sembuh. Akan tetapi bumi telah diancam dengan kuasa gelap yang bakal menghancurkan dunia. Dr. Strange perlu menentang nya dengan kuasa magik yang telah diperolehinya. Infinity stone kelima diperkenalkan disini.

19. Thor: Ragnarok

Thor kembali ke Asgard dan menemui beberapa kejutan. Dia kembali ke bumi untuk mencari ayahnya yang telah disorok oleh Loki. Selepas itu kakaknya Hela kembali untuk membalas dendam terhadap apa yang ayahnya lakukan terhadap Hela. Thor bersama Loki telah dihantar ke dimensi lain manakala Hela meneruskan rancangannya untuk mengambil alih Asgard.

20. Ant-man and The Wasp

Sekuel kedua ini menunjukan kemunculan The Wasp yang mahu menyelamatkan ibunya yang terperangkap dalam Quantum Realm tetapi dihalang oleh musuh yg tak dapat dikenal pasti siapa. Ant-man akan berganding bahu dengan The Wasp bagi menyelamatkan isteri Dr. Hank Pym dan menentang musuh baru mereka. Post credit scene filem ini sangat penting, jangan lupa untuk tengok!

21. Avengers: Infinity War

Kemuncak pertama dalam siri Avengers ini menceritakan bagaimana Thanos dan askarnya menyerang bumi untuk mengumpulkan kesemua “Infinity Stones”. Penuh dengan adegan mengejutkan dan bakal menjawab pelbagai persoalan dalam filem2 sebelum ini. Infinity stone terakhir diperkenalkan disini.

Banyak isi2 penting didalam setiap filem yang perlu anda telitikan semasa menonton setiap filem. Anda perlu menonton kesemua filem mengikut turutan untuk memahami cerita yang ingin disampaikan.Masih ada lagi lebih kurang 1 bulan untuk anda habiskan semua filem2 ini. Jom “movie marathon”

P/s: Jangan lupa tunggu sehingga habis “credit” untuk adegan akhir setiap filem. Selamat menonton!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.