“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berikutan kontroversi perceraian pencetus ummah, PU Abu ketika ini, banyak pihak menyuarakan rasa marah dengan tindakan zalim pendakwah menceraikan isteri demi untuk berkahwin dengan seorang janda.
Turut mengulas isu tersebut, rakan pencetus ummah, Da’i Wan yang panjang lebar menjelaskan hukum hakam situasi berkenaan. Namun sedikit kenyataan Da’i Wan telah mengundang persoalan dan berang netizen.
Dalam kenyataan terbabit, Da’i Wan telah menyatakan bahawa menceraikan isteri yang sedang hamil adalah ‘harus’ dan sah disisi agama Islam. Dalam tweet yang sama, Da’i Wan turut berkongi ilmu mengenai hukum bercerai
Kenyataan Da’i Wan itu telah mengundang rasa sedih seorang netizen yang menganggap hukum talak yang dilafazkan oleh PU Abu itu bukanlah isu utama, tetapi kewajaran tindakan PU Abu menceraikan isteri ketika hamil.
Jika anda mahu baca lebih lanjut tentan penjelasan Da’i Wan, boleh pergi ke akaun Twitter beliau. Banyak ulasan yang diberikan serta ilmu-ilmu tambahan buat para netizen mengenai hal ini.
Walaupun hukumnya ‘Harus’ bagi seorg suami menceraikan isterinya dalam keadaan hamil. Namun, keadaan itu sebenarnya berat buat seorang isteri. Bagaimana hendak dia tanggung kandungan hingga 9 bulan lamanya?
— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) April 21, 2019
Sumber: Twitter Da’i Wan (Official)