fbpx
Now Reading
Cara-Cara Untuk Bezakan Produk Malaysia Yang Tulen Dan Palsu

Cara-Cara Untuk Bezakan Produk Malaysia Yang Tulen Dan Palsu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita biasanya membeli belah di pasar raya untuk keperluan seharian kita. Tapi adakah anda pasti barang-barang yang dibeli adalah asli dan dikeluarkan daripada kilang yang betul? Jangan terperanjat jika anda sebenarnya pernah membeli barang tiruan tanpa sedar.

Ini kerana bentuk dan rupa  bungkusan antara barang tiruan dan asli seakan-akan sama dan agak susah untuk dipastikan ketulinannya.

Di Malaysia sahaja, dianggarkan jualan produk palsu telah mencecah sehingga RM8 bilion pada tahun lepas, dan RM5 bilion daripada jumlah tu datang daripada perdagangan rokok haram. Maksudnya, dah berbilion-billion ringgit disalurkan kepada aktiviti haram termasuk pengeluaran dadah, rasuah, pelacuran dan juga pembunuhan.

Semuanya daripada penjualan produk palsu! Kalau rakyat Malaysia masih ada mentaliti ‘tak apa lah’ ketika membeli dan menggunakan barang-barang palsu, ia akan memberikan kesan kepada peniaga-peniaga tempatan dan kepada diri kita juga.

Berikut adalah antara cara-cara untuk membezakan antara produk ori dan tiruan untuk sesetengah produk.

1. Periksa kotak dengan berhati-hati. Semua inskripsi hendaklah dibuat dengan betul dan ditulis dengan betul. Nombor siri pada kotak mesti sepadan dengan nombor di bahagian dalam ‘lidah’ kasut. Nombor siri di kasut kanan dan kiri mestilah berbeza. Kalau sama je dua-dua, maka produk itu mungkin palsu.

Logo pada kasut asli mesti timbul. Pada produk palsu, ia sama ada digam atau dilukis. Dan periksa lubang tali: pada banyak model klasik, tidak ada lubang sama sekali, dan semua produk yang palsu mempunyai lubang tersebut. Dalam kes ini, semak produk di laman web rasmi.

Tanda jelas produk palsu adalah segitiga kecil diperbuat daripada kulit di belakang kasut. Sepatutnya tiada segitiga pada model asal.

2. Korang kena selalu pastikan yang korang beli produk telefon bimbit dari penjual yang sah bagi memastikan korang tidak terbeli telefon bimbit yang berkualiti rendah atau mungkin juga palsu.

Harga jualan terlalu murah dan terlebih bagus daripada harga asal telefon? Berhati-hati masa membeli

3. Kadang-kadang kita sudah terlalu biasa beli produk yang sama sampai kita tak sedar bila design dia berubah atau tidak mempunyai logo/sijil yang betul. Korang kena tengok kalau produk tu mempunyai design yang betul.

Pastikan produk tersebut ada logo halal dari JAKIM, sijil dari KKM atau KPDNKK kalau ada.

4. Untuk produk tenusu, kebanyakan bungkusan produk original adalah dipotong dan dibungkus oleh mesin, jadi dia punya ‘line’ potongan tu takkan berbentuk sempurna macam dalam gambar tu.

Produk palsu juga mempunyai logo dan warna yang berbeza daripada produk original. Pastikan korang semak dulu warna pembungkusan produk tersebut sebelum membeli.

5. Jauhi daripada menggunakan minyak ‘piau’ (minyak enjin kenderaan kitar semula yang merosakkan enjin). Pastikan minyak enjin yang anda beli mempunyai kod atau nombor siri yang boleh disemak untuk pastikan ketulenan.

Contoh:
Minyak engine Shell Helix yang dibungkus khas mempunyai label “Untuk Pasaran Malaysia” di hadapan yang boleh dicabut bagi mendedahkan kod QR yang unik, ia membolehkan pengguna menyemak minyak enjin yang mereka beli, sama ada ia produk tulen rasmi atau tidak.

6. Pembayang mata (eyeshadow), pemerah pipi, gincu dan serbuk mekap palsu biasanya dihasilkan dalam warna yang tidak digunakan dalam produk original. Untuk mengelakkan daripada membeli produk palsu, tengok laman web pengeluar untuk mengetahui warna setiap produk mekap yang original.

Tengok cara pembungkusan produk jugak tau.Sesetengah produk palsu nampak sangat buruk sampai orang memang tau ia bukan produk original. Tapi ada jugak produk tiruan kat luar tu yang canggih sangat sampai susah untuk kita bezakan. Salah satu cara untuk pastikan yang korang beli produk original adalah dengan melawat laman web pengeluar dan tengok sama ada produk yang korang nak beli tu sama tak macam gambar kat laman web.Beza benda-benda kecil macam jenis huruf yang dicetak, warna yang berbeza, saiz pembungkusan yang tak sekata, bahkan jumlah berat produk boleh jadi petanda produk palsu. Cuba pegang produk tersebut dan timbang di tangan. Kalau produk tu terasa lebih ringan berbanding biasa, mungkin ianya bukan 100% produk original.

 

7. Antara contoh-contoh wang kertas palsu yang semakin banyak diedarkan oleh kartel-kartel jenayah. Perhatikan jalur emas pada wang kertas RM20 tersebut, sekiranya jalur emas tu kelihatan lebih terang daripada biasa, mungkin ianya wang kertas palsu. Berhati-hati!

3 ciri-ciri utama untuk membezakan duit palsu
1) Cetakan ‘watermark’ Agong lebih jelas
2) Kotak peak nampak jelas
3) Garisan keselamatan mikro dan perkataan RM100 BNM boleh dilihat dengan jelas di bawah cahaya terang

8. Contoh perbezaan antara kotak Panadol tulen dan palsu. Kalau korang perhatikan, beza antara produk yang original dan palsu memang sikit sangat, membuatkan ia lebih bahaya.

Sumber : Facebook Ikat Tepi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.