
Kenyataan Berani PU Syed Dapat Perhatian Portal Korea
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kenyataan Pencetus Ummah (PU) Syed menggelar kumpulan Kpop terkenal, BTS syaitan yang mahu menyesatkan umat Islam di Malaysia ternyata menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat Kpop.
Kenyataannya itu bukan saja menjadi perhatian di Malaysia, malah sebuah portal dari Korea Selatan, Koreaboo turut melaporkan isu tersebut dan kini menjadi perbualan peminat antarabangsa.
BACA : PU Syed Gelarkan BTS Sebagai Syaitan Yang Mahu Sesatkan Umat Islam di Malaysia
Malah netizen juga mengatakan, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk menghina orang lain dan sebagai pendakwah sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik.
Semakin hari, banyak pula kontroversi melibatkan pendakwah. Sebaiknya sebagai pendakwah mereka sepatutnya tunjukkan keperibadian Islam yang indah dan aman untuk menarik orang bukan Islam mengenali agama Islam.
SUMBER : BEAUTIFULNARA