fbpx
Now Reading
Arahan Tutup Kedai Makan Semasa Solat Terawih Oleh Kerajaan Kelantan Undang Pelbagai Reaksi

Arahan Tutup Kedai Makan Semasa Solat Terawih Oleh Kerajaan Kelantan Undang Pelbagai Reaksi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila menjelang Ramadan, sesetengah kedai makan atau restoran sudah tentu akan berubah. waktu operasinya.

Bagi menghormati bulan mulia itu, kedai makan dan restoran tidak akan beroperasi pada waktu pagi dan akan dibuka semula ketika menjelang waktu untuk berbuka puasa.

Namun lain pula terjadi di Kelantan apabila semua pemilik kedai makan dan restoran diarahkan menghentikan operasi sementara waktu dari jam 8.30 hingga 10 malam untuk sepanjang bulan puasa.

Arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri itu adalah tujuan bagi menghormati Ramadan dan menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia seakan mengganggu mereka untuk mencari rezeki yang halal.

Rata-rata netizen yang memberikan komen juga tidak bersetuju dengan notis kerajaan negeri berkenaan, manakala sebahagian lagi bersetuju dengan tindakan tersebut.

Sumber : Berita Harian ,  OhMyMedia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.