fbpx
Now Reading
“Memang benar saya dan Hana sudah bernikah tapi bukan di Thailand..”

“Memang benar saya dan Hana sudah bernikah tapi bukan di Thailand..”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa minggu, nampaknya, status hubungan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan janda anak satu dikenali sebagai Hana Azraa sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Semalam, kecoh di media sosial apabila PU Abu mengesahkan sudah pun berkahwin dengan Hana Azraa tersebut. Kenyataan PU Abu menerusi Insta Story  itu sekaligus mengesahkan spekulasi dimana ada pihak mendakwa melihatnya bersama Hana Azraa di Thailand pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, memetik laporan mStar Online, PU Abu menafikan bahawa dia dan Hana bernikah di Thailand seperti yang tertulis dalam kenyataan yang dimuat naik di Insta Story miliknya itu. PU Abu menjelaskan akaun media sosialnya itu telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, PU Abu mengakui sudah pun bernikah dengan Hana Azraa tetapi lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan pada posting berkenaan. Katanya lagi, perkahwinan mereka juga direstui oleh kedua-dua belah keluarga.

“Memang benar saya dan Hana sudah bernikah tapi bukan di Thailand..di Malaysia. Malah kami berkahwin pada tarikh lebih awal daripada tarikh yang didakwa itu.

“Jadi apa yang didakwa individu tersebut tidak benar. Perkahwinan saya dan Hana juga di bawah pengetahuan kedua-dua keluarga kami,” katanya.

Terdahulu, kisah rumah tangga PU Abu menjadi bualan ramai apabila bekas isterinya Ain Afini membuat pendedahan mengenai bekas suaminya itu yang telah menceraikannya melalui aplikasi WhatApp ketika dia sedang hamil.

Perceraian itu berlaku  disebabkan orang ketiga, malah PU Abu ada meminta kebenaran untuk berkahwin lain hanya dua bulan selepas mereka berkahwin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.