fbpx
Now Reading
Beraninya! Gadis Muslim Ini Ambil Gambar Dengan Sekumpulan Anti-Islam

Beraninya! Gadis Muslim Ini Ambil Gambar Dengan Sekumpulan Anti-Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan berani dan bersahaja seorang ahli terapi kanak-kanak autistik mengambil gambar dengan penunjuk perasaan anti-Islam menarik perhatian warga laman sosial hingga tular di Twitter, baru-baru ini.

Ketika kejadian, Shaymaa Ismaa’eel, 24 tahun, menghadiri Konvensyen Islam di Amerika Utara apabila dia ternampak beberapa lelaki mengadakan bantahan di luar kawasan konvensyen sambil memegang sepanduk anti-Muslim.

“Pada 21 April, saya bergambar di hadapan kumpulan protes dan berjalan meninggalkan tempat itu dengan perasaan bangga,” tulisnya dalam satu twit di laman sosial Twitter.

Berbeza dengan peserta konvensyen lain yang mengelak untuk bertembung dengan penunjuk perasaan, Shaymaa sebaliknya meminta rakan mengambil gambar kerana dia ingin melawan kebencian dengan kebaikan.

Twitter @ShaymaaDarling

“Saya memanggil rakan saya, Jamilah dan memberitahu itu mereka. Boleh awak ambilkan gambar saya? Saya hampiri kumpulan itu. Saya bertanya kepada polis sama ada boleh berdiri di situ namun polis tidak membenarkannya,” jelasnya

“Walaupun sukar tetapi saya tetap tersenyum di dalam gambar tersebut dan mereka mula menjerit kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya,” katanya.

Rata-rata pengikut Twitter menyokong keberanian Shaymaa mengambil gambar bersama sekumpulan tunjuk perasaan tersebut.

Sumber: Astro Awani & Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.