fbpx
Now Reading
Walaupun Dibuli Hanya Kerana Menegur Suruh Solat, Pakcik Ini Masih Maafkan Pembuli

Walaupun Dibuli Hanya Kerana Menegur Suruh Solat, Pakcik Ini Masih Maafkan Pembuli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kelmarin berlakunya kekecohan di media sosial apabila video beberapa remaja membuli seorang warga emas tular.

Video terbabit memaparkan Mudakir Abdul Wahid, 59, menjadi mangsa buli sekumpulan remaja lelaki di Batu 7, Kampung Sijangkang, Selangor.

Rentetan daripada itu kira-kira 1,000 penduduk kampung berkumpul di rumah remaja berkenaan pada malam yang sama sebagai protes di atas perbuatan memalukan itu.

Kekecohan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya buat warganet apakah yang membuatkan kesemua remaja berkenaan tergamak membuli individu seusia bapa mereka?

Menerusi Sinar Harian, Mudakir menjelaskan yang dia pada awalnya hanya mahu menegur dan menasihat dan mereka untuk menunaikan solat Asar.

Walau bagaimanapun teguran itu tidak diendahkan sebaliknya perkara lain pula berlaku.

“Saya ada tegur mereka sebelum solat Asar namun tidak dilayan. Selesai solat saya datang semula dan menegur remaja berkenaan sekali lagi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya.

Mohd Mudakir berkata, dia menganggap kejadian itu sudah biasa berlaku terhadap dirinya, namun tidak sangka berlaku kekecohan sehingga tular di media sosial.

“Kira-kira jam 11 malam tadi, lima remaja bersama ibu bapanya datang ke rumah meminta maaf di atas perbuatan mereka. Apa pun yang sudah terjadi, saya maafkan sahaja.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis, mereka mungkin berniat untuk bergurau,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.