Now Reading
“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja” – Bapa Aliff Aziz

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja” – Bapa Aliff Aziz

Bapa kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Aziz Sapdan menjelaskan masih belum berpeluang untuk bertemu dengan anaknya.Bagaimanapun, keluarganya menerima berita mengenai kontroversi itu dengan tenang.

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun.

“Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Aziz, 59, dan isteri, Siti Hafiza Sheikh Mohamad dalam pada itu mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Namun, Aziz dan isteri memilih untuk tidak terlalu mencampuri urusan peribadi Aliff dan Bella.

“Hari ini ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stress di rumah.

“Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,” tambahnya lagi.

Sementara itu, menerusi kemas kini akaun Facebook ibu Aliff, hanya kata-kata hikmah berkisar kesusahan hidup dikemas kini sejak malam tadi.

Selain meluahkan rasa kesal apabila suaminya disamakan dengan sifat Aliff yang ‘nakal’.

Kelmarin tular sekeping foto yang memaparkan wajah seorang lelaki mirip Aliff Aziz dalam keadaan intim bersama seorang gadis bawah umur yang dikenali sebagai Mell.

See Also

Andai benar, pendedahan mengejutkan itu merupakan kisah kecurangan kali ketiga Aliff sejak berkahwin dengan Bella.

Aliff sebelum ini pernah didakwa curang dengan dua pelakon wanita muda Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.

Sumber: Utusan Online

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.