Now Reading
Video Hairul Azreen Goreng Nugget Jadi Bualan Netizen?

Video Hairul Azreen Goreng Nugget Jadi Bualan Netizen?

https://www.instagram.com/p/BxxqKPQBbjF/

Jika sebelum ini Aeril Zafrel mengejutkan isteri ditengah malam demi menikmati masakan air tangan isteri, tapi lain pula dengan Hairul Azreen yang sanggup masak sendirian kerana tidak mahu menganggu isteri yang sedang tidur.

Begitula ceritanya dalam sebuah video yang dikongsikan Hairul di Instagram. Dalam video terbabit, riuh rendah Hairul ‘berperang’ menggorang nugget sendirian di dapur kerana enggan menganggu isteri yang sudah tidur.

Di ruangan komen pula, Hanis sempat meninggalkan komen bertanyakan mengapa Hairul tidak kejutkannya dari tidur untuk memasak dan jawapan Hairul yang sweet itu sekaligus buat ramai gadis terpegun.

Kemudian ramailah peminat mengimpikan mempunyai suami yang penyayang dan sweet seperti Hairul yang sangat berdikari. Pun begitu lain pula ceritanya di laman Twitter apabila ramai mempersoalkan video terbabit.

See Also

Selain mempersoalkan siapa yang mengambil video berkenaan jika Hanis sedang tidur, malah ada juga hairan mengapa pasangan ini berkomunikasi di laman sosial berbanding face to face sedangkan mereka tinggal sebumbung.

Biasalah apabila selebriti memuat naik sesuatu ke laman sosial, pasti timbul pelbagai reaksi. Ada yang berfikiran positif dan ada juga yang sebaliknya. 

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.