Now Reading
Hanis Zalikha Selamat Bersalin Anak Kedua

Hanis Zalikha Selamat Bersalin Anak Kedua

https://www.instagram.com/p/Bx18k67BEw5/https://www.instagram.com/p/Bx3liWOBjRI/

Pada pukul 5.59 petang semalam, pelakon dan juga pengacara cantik, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan bayi perempuan. Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh suaminya iaitu Hairul Azreen di akaun Instagramnya.

Menerusi muat naik itu juga, Hairul turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana sanggup bertarung nyawa  melahirkan anak mereka.

Hanis turut memuat naik gambar dirinya bersama Hairul dan puteri sulung mereka.

Bayi comel yang lahir pada hari Jumaat ini telah diberi nama Alisa Aisyah binti Hairul Azreen. Anak kedua pasangan selebriti tersebut di lihat begitu comel dipelukkan Hairul. Mereka juga telah membuat akaun Istagram rasmi untuk anak kedua mereka.

See Also

Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis telah mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayi perempuan pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka turut mengucapkan selamat berpantang kepada Hanis Zalikha.

Sebelum ini, Hairul dan Hanis telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Yusuf Iskandar yang sudah pun menjangkau usia 3 tahun. Petah berkata-kata dan sangat aktif, keletah Yusuf sering menjadi perhatian para pelayar Instagram.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.