fbpx
Now Reading
Ubat Yang Anda Perlu Ada Semasa Pulang Beraya Ke Kampung

Ubat Yang Anda Perlu Ada Semasa Pulang Beraya Ke Kampung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/FarmasiSalam/posts/1114661065384029

Sudah pasti ramai yang tengah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang dah start packing barang?

Haa, buat checklist siap-siap takut ada barang & bekalan penting yang tertinggal pula nanti!

Sambil-sambil tu, boleh masukkan juga list bekalan ubat-ubatan basic yang perlu ada ketika pulang ke kampung.

Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga ya! Ada fasiliti kesihatan yang bercuti di musim perayaan. Ada juga yang sukar diakses sepanjang perjalanan. Jadi agak susah untuk dapatkan bekalan ubat-ubatan.

Tapi.. Nak standby ubat apa ye?

Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku di kampung halaman atau sepanjang travel:

1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Di musim perayaan pula sangat sinonim dengan hidangan air sejuk berais kan? Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti!

Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:

Paracetamol
– Demam, tak sedap badan, pening kepala

Loratadine
– Selsema/alahan/gatal
– Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil

Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)

OTC throat lozenges
– Melegakan sakit tekak
– Ada juga buat hilang ngantuk ketika drive????

2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak?Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!

Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:

Dimenhydrinate
– Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan

Charcoal tablets
– Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit
– General detoxification agents. Boleh bantu nyah toksin di dalam perut

Hyoscine butylbromide
– Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa

ORS (air garam)
– Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut

3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak rendang terhiris jari?

Hah, perlu standby apa? Antara yang boleh membantu:

Mefenamic acid
– Ubat tahan sakit

Pain management cream/oinments
– Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan

Krim luka
– Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil

Plaster luka
– First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!

Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.


Kami doakan semoga semuanya sihat & selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Dan berhati-hatilah ketika memandu

Sumber: FB Farmasi Salam

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.