fbpx
Now Reading
Makan di Tempat Awam, Zahirah dan Aiman Tak Puasa?

Makan di Tempat Awam, Zahirah dan Aiman Tak Puasa?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Individu beragama Islam yang menikmati makanan dan minuman di khalayak ramai sepanjang Ramadan boleh disifatkan sebagai tidak menghormati mereka yang sedang berpuasa.

Tapi bercakap mengenai puasa, ada khabar angin mengatakan terdapat pasangan pelakon yang tidak berpuasa apabila secara terang-terangan makan di tempat awam.

Menerusi satu posting di laman Twitter, baru-baru ini rakan individu berkenaan memberitahu bahawa pasangan yang sedang hangat bercinta itu didakwa makan di sebuah kafe pusat beli belah di Singapura.

Posting berkenaan turut menyebut nama ZM & pasangannya, Aiman yang difahamkan dan berkemungkinan merujuk kepada Zahirah Macwilson serta Aiman Hakim Ridza.

“Rakan dari Singapura mesej saya semata² nak bergosip nak beritahu baru² ni ada pasangan artis Malaysia si ZM dan Aiman.

“Dua² ni tak puasa makan di cafe di one of exclusive mall di Singapura and my friend was like “Diorang ni tak puasa ke? Tak segan ke?”

“Haha.. Si ZM mungkin period tapi si Aiman? Period jugak ke?,” tulis individu tersebut petang semalam.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat dan keadaan dalam Islam yang mengharuskan seseorang untuk berbuka puasa terutamanya bagi golongan bermusafir.

Namun perkara itu belum mendapat kesahihannya yang mungkin sekadar tuduhan daripada pihak tidak bertanggungjawab kepada pasangan tersebut?

Sumber : Lelaki Puaka

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.