fbpx
Now Reading
Penantian Tiga Tahun Berakhir, Anzalna Selamat Bersalin Baby Boy!

Penantian Tiga Tahun Berakhir, Anzalna Selamat Bersalin Baby Boy!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/ByPHuaZAbrJ/

Pelakon jelita Anzalna Nasir kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh suami Anzalna, Hanif Zaki menerusi entri terbaru di Instagram miliknya.

Anzalna selamat melahirkan anak sulung pada Jumaat lalu, 31 Mei 2019.

“Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah , isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yang lalu. 

“Perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur,” tulis Hanif.

Menerusi entri terbabit, Hanif berkongsi video sekitar hari kelahiran putera sulung mereka.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkahwin dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.