fbpx
Now Reading
Terlalu Aktif Semasa Hari Raya, Fasha Sandha Alami Keguguran

Terlalu Aktif Semasa Hari Raya, Fasha Sandha Alami Keguguran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/Bygsdw5lZXS/

Umum sedia maklum bahawa, pelakon cantik Fasha Sandha telah disahkan hamil, hasil perkahwinan kedua bersama pelakon Aidil Aziz, berita kehamilannya mendapat liputan seluruh media.

Namun, satu berita yang agak mengejutkan diterima daripada Fasha, menerusi perkongsian di Instagramnya, memaklumkan bahawa kandungannya mengalami masalah.

Menerusi entrinya, Fasha dengan berat hati memberitahu bahawa kandungannya kini tidak dapat diselamatkan dan telah disahkan gugur.

Menurut pelakon itu, sebelum ini doktor telah menasihatinya supaya memperbanyakkan rehat kerana usia kandungan masih lagi baru dan memerlukan penjagaan rapi.

Namun, mungkin kerana terlalu teruja beraya, Fasha mengakui terlupa dengan nasihat doktor dan terlalu aktif, membuat pelakon itu berasa sedikit kesal di atas kehilangan anak dalam kandungnya.

“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ini, ibu naik turun keretapi, kapalterbang , jalan laju-laju , buat kerja , sampai selalu terlupa ada bayi kecil dalam perut ibu…”

Selepas mendapat tahu perkhabaran sedih itu, rata-rata rakan artis dan pengikutnya di Instagram menzahirkan ucapan takziah dan doa kepada Fasha dan Aidil.

Semoga Fasha dan Aidil tabah menghadapi ujian ini, mungkin ada hikmah yang lebih baik menanti mereka sekeluarga dan diharapkan kesihatan Fasha bertambah baik.

Sumber : Fasha Sandha

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.