PU Abu menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur sudah bergelar bapa pada hari ketiga Syawal apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini selamat melahirkan seorang bayi di sebuah hopsital di Shah Alam.
Berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik fotonya bersama cahaya mata tercinta, PU Abu sempat menitipkan beberapa pesanan serta berdoa agar anaknya itu menjadi anak yang soleh.
Pada masa yang sama, PU Abu turut memohon maaf dan mengakui banyak melakukan kesilapan ketika anaknya ini berada dalam kandungan. Pu Abu turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada PU Abu dan berharap agar dia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.
SUMBER : Beautifulnara.com