“Jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda” – isteri Sultan Kelantan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Mei 2019, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Oksana Voevodina dilihat semakin anggun apabila memuat naik gambar semasa memberi ucapan hari raya di Instagram miliknya.
Kehadiran cahaya mata pertama Oksana Voevodina dan Sultan Kelantan disambut dengan penuh kesyukuran oleh bekas ratu cantik Rusia ini yang menyifatkan bahawa Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra sebagai satu rahmat buat dirinya.
Semalam, Oksana yang kini menggunakan nama Rihana Petra di Instagram telah menarik perhatian netizen kerana memuat naik kapsyen Instagram miliknya dalam bahasa Melayu. Perkara tersebut adalah pertama kali dilakukan selepas bergelar isteri kepada sultan kesayangan ramai.
Menerusi muat naik tersebut, isteri Sultan Kelantan ini telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang meninggalkan komen-komen positif kepadanya. Oksana turut memberitahu sedang hidup bahagia di samping seorang lelaki yang disayangi dan anak mereka yang baru dilahirkan.