Now Reading
“Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya.” – Aliff Aziz

“Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya.” – Aliff Aziz

https://www.instagram.com/p/ByxzF-ggdwY/

Siapa sangka, isu membabitkan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila penyanyi dan pelakon tersebut, memuat naik status khusus buat Bella serta anaknya, Ayden Adrean.

Semalam, Aliff Aziz telah memuat naik dua keping foto perkahwinan berserta kapsyen panjang di akaun Instagram miliknya.

Mengakui dia mengambil mudah perihal rumah tangga selama ini, penyanyi berusia 28 tahun akur dengan hukuman yang diterima dalam rumah tangga.

Aliff juga turut meluahkan kesyukuran dikurniakan wanita yang cukup hebat, yang sering memahami dan sentiasa berada di sisi walaupun kerap ditimpa dugaan.

See Also

Tidak kurang juga yang turut menasihati Aliff agar sentiasa kuat dalam menghadapi segala ujian selain mendoakan yang baik-baik buat kedua pasangan tersebut.

Sumber : Aliff Aziz 

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.