fbpx
Now Reading
“Doa Yang Baik-baik Supaya Saya & Mawar Dipertemukan Jalan Yang Terbaik” – Fizo Omar

“Doa Yang Baik-baik Supaya Saya & Mawar Dipertemukan Jalan Yang Terbaik” – Fizo Omar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Wan Hafizol Wan Omar, 34, atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mengakui masih menunggu keputusan mahkamah berhubung kemelut yang melanda rumah tangganya bersama Mawar sebelum ini

Menurut Fizo, apa juga keputusan mahkamah, dia akan menerima dengan hati terbuka, pada masa sama meminta orang ramai mendoakan dirinya dan isteri, Mawar Abdul Karim.

“Doa yang baik-baik supaya saya dan Mawar dipertemukan jalan yang terbaik. Tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah dan sekiranya terjadi, saya anggap itu sebagai takdir.

“Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita sebagai hamba-Nya. Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang untuk kami menyelesaikan isu ini sebaik mungkin,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.

Gambar: mStar

Luahan yang juga disertakan foto keluarganya itu adalah rentetan beberapa laporan selepas pasangan itu meraikan Syawal berasingan, selain tiada lagi gambar terbaru bersama di laman sosial masing-masing.

Sebelum ini Fizo mengakui bahawa hubungan mereka berdepan kemelut, malah Mawar juga dikatakan sudah mendapatkan nasihat peguam.

Fizo berharap semua pihak memahami keadaan mereka yang masih mencari jalan terbaik dalam menangani kemelut yang melanda mereka itu. Fizo juga berharap ujian dihadapi mereka mempunyai hikmah.

Gambar: Cari!

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan dan peminat yang prihatin apabila bertanya khabar mengenai cabaran dalam rumah tangga saya serta Mawar.

“Buat masa ini, saya tidak dapat menjawab segala persoalan. Tidak dinafikan rumah tangga saya menghadapi sedikit cabaran. Saya amat berharap, terutama pihak media dan warganet bersabar serta memahami situasi kami,” katanya.

“Sesiapa yang mendirikan rumah tangga, pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankannya hingga ke jannah.

“Tetapi, apabila sampai waktunya, kita dipilih Allah untuk diuji dan itu bermaksud, kita mampu menghadapinya. Kita perlu percaya Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-Nya.

“Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah. Hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya,” tulisnya.

Fizo Omar juga menegaskan walau apa yang berlaku terhadap perkahwinan mereka nanti, dia dan Mawar akan terus berbaik demi anak tunggal, Wan Maryam.

“Insya-Allah, hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam. Apa juga yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami,” katanya.

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.