fbpx
Now Reading
“Saya Tidak Pernah Ambil Kisah Mengenai Komen Warganet” – Kilafairy

“Saya Tidak Pernah Ambil Kisah Mengenai Komen Warganet” – Kilafairy

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini telah timbul isu apabila pelakon dan penyanyi Kilafairy memuat naik gambar di Instagram (IG) menyarung pakaian bercorak kulit ular sawa. Walau bagaimanapun, Kilafairy enggan memberi komen berlebihan berhubung isunya itu.

Kila, 27, ketika ditemui berkata sudah ramai wartawan yang bertanyakan mengenai perkara itu, namun, dia tidak mahu ia terus dipersoalkan.

Perkongsian yang dibuat oleh Kila di Instagram (IG) itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan pengikutnya serta warganet dan berharap dia lebih peka dengan pemilihan pakaian.

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini, apa yang boleh dikatakan saya selesa dan suka dengan apa yang dipakai.

“Kadang-kadang saya juga merujuk kepada ibu bapa untuk tampil dengan apa yang dipakai, tetapi biasalah saya ini degil orangnya, walaupun sudah dilarang pakai juga,” katanya.

Kila ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan miliknya, Kilafit berkata, dia sedikit pun tidak ambil kisah mengenai kritikan warganet. Kerana baginya, apa yang penting ibu bapa dan keluarga tahu apa dipakai dan dilakukannya.

“Saya tidak pernah ambil kisah mengenai komen warganet malah saya tidak pernah membaca komen mereka.

“Saya berbuat begini kerana tidak mahu sesuatu isu itu terus diperkatakan. Bila saya mengambil langkah untuk tidak komen lebih-lebih nanti mereka akan diam juga,” katanya.

Sumber: Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.