fbpx
Now Reading
Tiada Surcaj Elektrik Dikenakan Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 31 Dis 2019

Tiada Surcaj Elektrik Dikenakan Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 31 Dis 2019

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2019, tiada surcaj elektrik yang akan dikenakan kepada pengguna domestik

Suruhanjaya Tenaga menerusi kenyataannya hari ini berkata kerajaan bersetuju mengekalkan kadar semasa surcaj tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.55 sen/kilowatt-jam (kWj) untuk pengguna bukan domestik khususnya pengguna komersil, industri dan lain-lain bagi tempoh enam bulan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, kadar tarif asas kekal pada 39.45 sen/kWj dalam tempoh 1 Julai hingga 31 Disember itu.

Kadar itu ditetapkan setelah kerajaan menetapkan baki surcaj Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) sebanyak RM1,148.27 juta atau bersamaan 2.55 sen/kWj dilaksanakan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh tersebut, kata kenyataan itu.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.