fbpx
Now Reading
Caprice Cari Pemain Untuk Pasukan PUBG

Caprice Cari Pemain Untuk Pasukan PUBG

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, penyanyi rap tempatan Caprice, telah memuat naik video di Instagram dan mencari pemain-pemain handal untuk bergabung dalam pasukan e-sukan yang mahu ditubuhkannya sendiri, seterusnya bersaing dalam acara-acara permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menurut video di laman instagramnya, beliau menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada mereka yang terpilih. Selain itu, beliau juga akan mengurus kerjaya pemain-pemain tersebut sebagai atlet e-sukan.

Sudah semestinya video itu mendapat sambutan ramai dari kalangan penggiat e-sukan negara, sehinggakan penyanyi dengan nama asal Ariz Ramli itu memberitahu, aplikasi WhatsApp beliau gagal berfungsi akibat menerima terlalu banyak mesej.

Antara pemain yang sedang dicari Caprice ialah bekas pemain pasukan Shopee Bosskurr, Ahmad Fuad Razali atau Fredo.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.